Dec 14, 2008

clouds..

Bicara tentang awan ,
Sentiasa membuat hatiku bergelora ..
Mengukir senyuman ,
Di kala aku derita .
Sukar untuk aku katakan ,
Aku memang sukakan awan ,
Hati ini mudah tertawan ,
Melalui keindahan juga keistimewaan .
Awan memang biasa ..
Namun , bagiku ,
Ia selalu membawa ku ke awangan .
Aku mahu meluahkan ,
Tetapi awan..
Sentiasa mendung terhadapku .
Aku tidak mengerti ,
Berarak pergi melarikan diri ,
Menjauhi aku membiarkan sendiri ..
Mungkin..
Aku benar hidup di dunia bukan realiti .
Rasa ini hanya sia-sia ,
Tidak mungkin mendapat balas darinya ,
Kerana aku...
Tidak membawa makna ,
Walau secebis di dalam hatinya ..

No comments: