Kenangan tetap tinggal kenangan
Segalanya telah ditakdirkan..
Masih segar dlm ingtnku,
Pertama kali kita bertemu,
Berdegup pantas jantung ini,
Tiada siapa yang mengerti.
Kau memulakan kata,
Aku bisu tiada suara.
Aku mahu lari,lari dan lari.
Kerana degupan itu terasa semakin kencang.
Aku jadi tidak keruan.
Dia sudah mula sedari perilaku ini,
Apa yg harus aku lakukan.
Hentikan.
Tolonglah.....hentikan.
Dia menghampiri,
Aku mula gelisah.
Akan tetapi,
Dengan tenang,
Senyuman indah diberikan,
Sebagai tanda tiada apa yg perlu dirisaukan..
Pertemuan pertama tidak mungkin ku lupa,
Terakam segala memori kita,
Terpaut hati mengatakan suka
Adakah engkau merasakan yang sama.
Walau apa jawapan darimu,
Ku ingin kau tahu,
Aku mula menyukaimu
Melalui senyuman bermakna itu...
;)
No comments:
Post a Comment